Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

      Panduan Pesakit        Pencapaian Piagam Pelanggan        Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit        Drug Formulary HTF        Caj Rawatan Pesakit              

 

Home / Kerja Sosial

UNIT KERJA SOSIAL 



KETUA UNIT
Anuar bin Long
Pegawai Kerja Sosial Perubatan S48

PENGENALAN
Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital (UKSP) merupakan salah satu unit sokongan klinikal di Hospital Tuanku Fauziah yang menyediakan perkhidmatan BANTUAN PRAKTIK DAN TERAPI SOKONGAN kepada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan dan pegawai lain mengikut displin berkaitan.
Unit ini mula beroperasi di Hospital Tuanku Fauziah sejak awal tahun 1980an dengan nama Unit Kebajikan Hospital. Pada ketika itu hanya terdapat satu perjawatan iaitu Penolong Pegawai Kebajikan S27 yang merupakan jawatan kader dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Selaras dengan perkembangan bidang tugas dan skop perkhidmatan yang semakin luas dan mencabar, dua (2) perjawatan telah diwujudkan pada tahun 2003 dan 2006 iaitu Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41 dan Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 sementara jawatan S27 telah dinaiktaraf kepada S32. Kini UKSP diketuai oleh PKSP gred S48 dan dibantu oleh seorang PKSP S44, seorang S41, seorang PPSP S32 dan seorang Pembantu Tadbir yang dipinjamkan oleh pihak pengurusan HTF untuk melancarkan lagi operasi unit.
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan yang disediakan adalah meliputi perkhidmatan Bantuan Praktik dan Terapi Sokongan kepada pesakit-pesakit tidak berkemampuan dan yang memerlukan melalui rujukan oleh Pakar/pegawai Perubatan, pegawai di hospital dan hospital-hospital luar. Pengendalian kes dijalankan melalui sesi temubual, siasatan, lawatan dan lain-lain intervensi bertujuan mengenal pasti permasalahan sebenar pesakit. Semua kes akan dikendalikan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Pihak unit berperanan sebagai “liason officer” antara pesakit dan agensi-agensi luar (kerajaan dan bukan kerajaan) dalam menyalurkan bantuan-bantuan yang diperlukan oleh pesakit.

 

VISI

Menjadikan UKSP sebagai unit sokongan yang mengendalikan kes secara professional dalam menyalurkan bantuan mengikut keperluan dan mematuhi prosedur

MISI

Memastikan agar setiap rujukan kes dikendalikan mengikut kesuaian bagi membolehkan klien meningkatkan kualiti dan menikmati kesejahteraan hidup.


PIAGAM PELANGGAN

Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar Dengan Penuh Komitmen Akan Sentiasa Berusaha Ke Arah Memastikan Kebajikan Yang Lebih Baik Kepada Setiap Pelanggan Mengikut Tahap-Tahap Keperluan Selaras Dengan Kedudukan Diri Dan Sosio Ekonomi Individu Yang Terlibat. Sehubungan Dengan Itu, Insya Allah Kami Akan Cuba:

1. Melayani Dan Membantu Dalam Menangani Permasalahan Psikososial Anda Selaras Dengan Kedudukan Dan Keperluan Yang Berkaitan.
2. Membantu Dari Pelbagai Aspek, Sama Ada Dari Segi Kewangan Dan Lain-Lain Khidmat Yang Bersesuaian Mengikut Tahap Keperluan Dan Kedudukan Pelanggan Berkenaan Melalui Saluran-Saluran Yang Berkaitan.
3. Memberi Kefahaman Dalam Bentuk Khidmat Nasihat Dan Rujukan Kaunseling Sebagai Usaha Bagi Membolehkan Anda Memahami Serta Menerima Hakikat Tentang Permasalahan Sosial Yang Dihadapi Dan Implikasi Terhadap Diri Dan Keluarga Serta Dorongan Ke Arah Pemulihan..
4. Mendapatkan Kerjasama Di Antara Hospital, Agensi Kerajaan, Swasta Dan Komuniti Berkaitan Dalam Usaha Untuk Menangani Permasalahan Bagi Pemulihan Anda.

OBJEKTIF

1. Memberi perkhidmatan psiko-sosial kepada pesakit di dalam proses rawatan dan pemulihan.
2. Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.


FUNGSI

1. Untuk memberikan perkhidmatan sosial yang berasaskan kepada prinsip kerahsiaan, prihatin (caring) dan berkesan bagi membantu pesakit-pesakit agar dapat mengatasi (cope) masalah sosial dan emosi yang dihadapi dan mengganggu proses rawatan mereka.
2. Untuk mempastikan agar mereka (pesakit) mendapat rawatan sosial yang maksima bagi memulihkan kefungsian sosial dan kembali kepada keluarga serta kemuniti di mana mereka tinggal.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. PERKHIDMATAN - BANTUAN PRAKTIK.
    1. Alat-alat perubatan, implan dan prosthesis
    2. Kewangan untuk rawatan perubatan dan ubat-ubatan
    3. Kewangan sara diri, tambang dan wang saku
    4. Mengesan waris
    5. Penempatan ke institusi
    6. Laporan Penilaian Sosio Ekonomi
    7. Pendaftaran kad OKU
    8. Bantuan kewangan untuk susu, lampin pakai buang dan lain-lain

2. PERKHIDMATAN - TERAPI SOKONGAN / KES PSIKOSOSIAL.
    1. Kes penderaan kanak-kanak (seksual, fizikal, emosi dll)
    2. Kes kelahiran bayi di luar nikah
    3. Kes keganasan rumah tangga
    4. Kes cabul/rogol
    5. Cubaan Bunuh Diri
    6. Dan lain-lain
3. AGENSI BANTUAN.
    1. Tabung Bantuan Perubatan (TBP) Kementerian Kesihatan Malaysia
    2. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
    3. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
    4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
    5. Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
    6. Pusat Dialysis Tuanku Syed Putra
    7. Pusat Dialysis Tuanku Syed Putra
    8. Buddhist Tzu Chi Merit Society
    9. Yayasan Sultanah Bahiyah


MASA PERKHIDMATAN

   - Hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
   - Hari Sabtu dan Ahad – Cuti .

AKTIVITI – AKTIVITI
1. Penyertaan Staf UKSP (Pn Munaliza Mahamood) dalam pertandingan QA Poster (Hospital Outreach Program) yang telah menjadi Johan di peringkat Kebangsaan.
2. Terlibat Dalam Outreach Program HTF (Stroke Team).
3. Lawatan Ke Yayasan Sultanah Bahiyah, Alor Setar – untuk mewujudkan jaringan kerjasama baru dengan agensi luar dalam usaha mencari sumber bantuan untuk pesakit.
4. Semarak Ramadhan - Penyampaian bantuan hamper makanan asas kepada pesakit miskin hasil sumbangan derma oleh kakitangan HTF untuk persediaan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sumbangan di serahkan oleh Y.Bhg Dato’ Pengarah ke rumah-rumah pesakit.
5. Menganjurkan Kursus Tatacara Permohonan Bantuan ke TBP dan MAKNA untuk pakar/pegawai perubatan dan paramedik.

PENCAPAIAN
KPI
Masa Tindakbalas Awal Rujukan Pesakit Bagi Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Adalah Dalam Tempoh Dua Hari Bekerja.

Standard Pengukuran:
Sebanyak 90% kes yang dirujuk diambil tindakbalas dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

Pencapaian :
99.58 % kes yang dirujuk diambil tindakbalas dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

** Definasi Tindakbalas Awal:
Intervensi awal yang melibatkan sekurang-kurangnya salah satu aktiviti seperti berikut:-
• Penilaian Biopsikososial
• Perbincangan dengan perujuk
• Beri temujanji
• Menghubungi klien / penjaga

 

Tarikh Kemaskini : 02 Disember 2016

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan