Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Kejuruteraan

UNIT KEJURUTERAAN 



KETUA UNIT
Chwa Chee Woon
Jurutera Elektrik J44



PENGENALAN
Unit Kejuruteraan Hospital Tuanku Fauziah ditubuhkan pada tahun 2011 untuk menggantikan SIHAT bagi memantau penswastaan perkhidmatan sokongan hospital. Unit ini terdiri daripada 3 orang jurutera, antaranya seorang jurutera elektrikal, seorang jurutera biomedikal dan seorang jurutera mekanikal.


VISI
Hospital Tuanku Fauziah mencapai status hospital termoden yang mampu menyediakan perkhidmatan perubatan yang terbaik di kawasan utara.

MISI
Misi kami adalah memberi perkhidmatan kepakaran yang berkualiti tinggi bagi pemantauan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital yang dilaksanakan dengan usaha untuk kecemerlangan, penuh dedikasi dan komitment.

PIAGAM PELANGGAN
Memastikan peralatan-peralatan di hospital mencapai uptime sebanyak 92% setiap tahun.

OBJEKTIF

1. Menyedia dan memantau pelaksanaan program perkhidmatan hospital secara menyeluruh.
2. Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
3. Bagi memastikan perkhidmatan sokongan hospital diberikan secara selamat, cekap dan berkesan.

FUNGSI

Memantau pelaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (HSS) bagi perkhidmatan kejuruteraan fasiliti (FEMS), kejuruteraan biomedikal (BEMS), perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian dan pembersihan (CLS) dan pengurusan sisa klinikal (CWMS) oleh Syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital dan pihak lain agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi.

AKTIVITI

1. Joint Inspection dilakukan secara berkala (bulanan) bersama Liaison Officer dan Faber bagi memantau mutu perkhidmatan sokongan hospital di kawasan jabatan/wad/unit.
2. Engineering Plant Room (EPR) dilakukan secara berkala (mingguan) bersama Faber bagi memantau kebolehfungsian fasiliti di pusat janakuasa.
3. Menyelaraskan mesyuarat PCM/VCM setiap bulan.

 

Tarikh Kemaskini : 26 Jun 2014

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan