Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / Kejururawatan

UNIT KEJURURAWATAN



KETUA UNIT
Lim Ai Choo
Ketua Penyelia Jururawat U42

PENGENALAN
Unit Kejururawatan memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmatan Kejururawatan yang menitikberatkan aspek-aspek promotif, kuratif dan rehabilitasi bagi memenuhi keperluan pelanggan, keluarga dan masyarakat daripada segi fizikal, saikologi dan kerohanian.

VISI
Mewujudkan Jururawat yang unggul dalam memberi penjagaan dan perawatan yang sempurna kepada pelanggan ke arah peningkatan kualiti.


MISI
Meningkatkan piawaian dan kualiti penjagaan serta perawatan yang optima kepada pelanggan menerusi pembangunan kerjaya kejururawatan selaras perkembangan teknologi terkini.


PIAGAM PELANGGAN

• Semua kes kritikal dirawat dengan serta merta oleh Pegawai Perubatan.
• Kes tidak kritikal dirawat dalam masa 1 jam selepas kemasukan di wad oleh Pegawai Perubatan.
• Semua pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan Pakar sekurang-kurangnya 1 kali semasa berada di wad.
• Memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai penyakit serta kaedah rawatan yang terkini bersesuaian dengan penyakit pesakit.
• Urusan discaj pesakit akan disiapkan dalam tempoh 3 jam selepas proses discaj dilaksanakan.
• Setiap aduan dan cadangan bertulis akan diambil tindakan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan.
• Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
• Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

OBJEKTIF

1. Memberi penjagaan dan perawatan yang sempurna kepada pesakit dalam dan luar secara optima melalui perkhidmatan yang efisyen
2. Mewujudkan sistem pembelajaran dan kemahiran di kalangan anggota kejururawatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang


FUNGSI

1. Memberi perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti mengikut standard perawatan yang optima.
2. Menyelaras sumber tenaga anggota kejururawatan yang sedia ada bagi melaksanakan perawatan pesakit.
3. Merancang, menyelia dan memantau serta memberi tunjuk ajar yang berterusan dalam perkhidmatan dan kawalan infeksi.
4. Memberi latihan yang berterusan dalam perkhidmatan bagi semua kategori anggota kejururawatan.

MASA PERKHIDMATAN

Sentiasa bersiap sedia 24 jam untuk berkhidmat; termasuk semasa kecemasan, bencana alam dan sebagainya.


Tarikh Kemaskini : 16 November 2016

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan