Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

      Panduan Pesakit        Pencapaian Piagam Pelanggan        Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit        Drug Formulary HTF        Caj Rawatan Pesakit              

 

Home / Kecemasan

JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA

KETUA JABATAN

Dr. Ida Zaliza bt Zainol Abidin
Ketua Jabatan


PENGENALAN JABATAN

Jabatan Kecemasan merupakan pintu masuk utama pesakit ke hospital ini. Ia adalah salah satu disiplin utama didalam hospital yang khusus mengendalikan kes-kes kecemasan dan trauma. Ia juga menjadi medan perantaraan antara pesakit luar dan pesakit dalam


VISI

  • Memberi perkhidmatan perawatan kecemasan dan kemalangan yang cekap dan berkesan bagi menyelamat nyawa atau mengurang komplikasi dengan sentiasa mengamalkan etika profesional, adil dan saksama.

MISI

Jabatan Kecemasan akan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan dengan;

  • ■Mengutamakan keperluan dan rawatan kepada pelanggan
  • ■Sentiasa bersedia dan responsif
  • ■Sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan kemajuan perubatan

PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Kecemasan akan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan dengan;

  • ■Kes kritikal - serta merta
  • ■Kes separa kritikal - 30 minit
  • ■Kes tidak kritikal - 90 min

OBJEKTIF

  • ■Untuk menguruskan pesakit tenat, pesakit kecemasan dan trauma serta kes-kes rujukan dengan cekap dan berkesan
  • ■Bertindak sebagai pusat koordinasi di dalam sebuah hospital untuk mengendalikan bencana atau kemalangan besar
  • ■Pengurusan perkhidmatan Pra-hospital atau Perkhidmatan Ambulans Kecemasan yang pantas, cekap dan berkesan

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • ■Perkhidmatan Pra-Hospital
    •    a. Panggilan ambulan domestik (24 jam)
    •    b. Inter-facility transfer.
  • ■Medical Emergency Coordinating Centre
    •    Mengendali dan mengurus panggilan ambulan seluruh negeri
  • ■Emergency Clinical Care
    •    Rawatan awalan untuk kes-kes kecemasan klinikal, kecederaan atau trauma mengikut sistem triage dan zon rawatan
  • ■One-Stop Crisis Centre
    •    Pusat khidmat Bersepadu (OSCC) akan mengendalikan semua kes-kes rogol, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, cabul dan sodomi
  • ■Disaster Management
    •    a. Bertindak sebagai pusat koordinasai didalam sebuah hospital untuk mengendali bencana dan kejadian-kejadian major
    •    b. Mengambil bahagian dalam pengurusan bencana besar antara agensi
  • ■Liputan Perubatan
    •    a. Mengendalikan serta mengambil bahagian dalam liputan perubatan dalam negeri dan luar negeri

JADUAL KLINIK

Jabatan Kecemasan beroperasi 24 jam sehari.


CAJ RAWATAN

*rujuk ruangan Caj Rawatan Pesakit Luar



Kemaskini : 02 Disember 2016

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan