Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Kawalan Infeksi

UNIT KAWALAN INFEKSI 



KETUA JABATAN
Noraini bt Ahmad
Ketua Jururawat U32

PENGENALAN
Bagi memantapkan kualiti penjagaan pesakit di hospital, Kawalan Infeksi adalah salah satu program yang amat penting dan perlu diamalkan oleh setiap petugas kesihatan bagi memastikan tahap penjagaan maksima pesakit dapat dipenuhi. Unit Kawalan Infeksi telah dipertanggungjawabkan didalam setiap perlaksanaan program tersebut dengan kerjasama dari Bahagian Perkembangan Kualiti Kementerian Kesihatan Malaysia. Kawalan Infeksi merangkumi pencegahan, pengawalan, latihan, promosi dan pengurusan Infeksi.
Unit Kawalan Infeksi dianggotai oleh empat (4) orang anggota seperti berikut :


JAWATAN GRED
U32 1
U32(KUP) 1
U29 2



VISI
Mewujudkan sebuah unit yang berkualiti dan cemerlang untuk mencegah dan mengawal infeksi.



MISI

Untuk memastikan setiap individu memahami dan mengimplementasi program “Hospital Infection Control” berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalism demi menjadikan persekitaran yang selamat dan bebas dari jangkitan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. 1. Meningkatkan mutu kawalan dan pencegahan jangkitan nosokomial.
  2. 2. Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) dan menetukan polisi dan garispanduan kawalan infeksi dipraktikkan.
  3. 3. Setiap pelanggan akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting darisegi kawalan dan pencegahan jangkitan.
  4. 4. Memberi khidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas dan bertimbang rasa.


OBJEKTIF

1. Untuk memberi tumpuan keatas program pencegahan dan kawalan Infeksi hospital dengan lebih efisyen bagi memastikan kualiti penjagaan pesakit.
2. Untuk memastikan polisi dan garispanduan kawalan infeksi KKM dipatuhi.
3. Memberi kesedaran, pengetahuan dan latihan kawalan infeksi yang berterusan kepada semua petugas kesihatan supaya perkhidmatan yang dilaksanakan mengikut piawai.

 

Tarikh Kemaskini : 02 Disember 2016

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan