Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Fungsi ALPH

 AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Peranan Dan Tanggungjawab

Menjadi Penghubung Antara Hospital Dan Pelanggan/Komuniti

Mengadakan Lawatan Ke Hospital

 
 

Peraturan-Peraturan Lawatan

 - Seelok-eloknya lawatan hendaklah dibuat sebulan sekali tetapi jika ini tidak dapat dilaksanakan maka lawatan hendaklah dibuat tidak kurang tuga bulan sekali.

- Bilangan Ahli Lembaga Pelawat dalam setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 5 orang setiap kumpulan lawatan.

- Ahli Lembaga Pelawat tidak dibenarkan menghantar wakil dalam apa juga keadaan.

- Ahli Lembaga Pelawat adalah dilarang  membuat sebarang kenyataan dalam akhbar berkaitan dengan hasil lawatannya.

- Jadual lawatan hendaklah disediakan terlebih dahulu dan diedarkan kepada semua ahli lembaga. Tarikh dan waktu lawatan akan diaturkan oleh urusetia.

- Hasil lawatan hendaklah dibentangkan dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Ahli lembaga Pelawat.

 

Semasa Lawatan

Ahli Lembaga Pelawat boleh mendapatkan maklumat-maklumat daripasa pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan juga pesakit-pesakit di wad mengenai :

  • Makanan;
  • Kebesihan;
  • Layanan kakitangan-kakitangan hospital;
  • Pakaian;
  • Tempat tidur dan lain-lain kemudahan yang diberi.

Ahli Lembaga Pelawat boleh memeriksa dan membuat lawatan ke mana-mana jabatan dan unit dalam hospital termasuk wad-wad pesakit kecuali lawatan tersebut hendaklah tidak mengendalakan kerja dan tidak pula menghalang pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit yang ada di dalam wad.

 

Tempat-Tempat Yang Tidak Digalakaan Untuk Lawatan

  • Bahagian Kesucian Hama (CSSD) - Risiko jangkitan
  • Wad Pengasingan/Rawatan Rapi - Risiko Jangkitan
  • Memeriksa Rekod Pesakit - Sulit
  • Dewan Pembedahan
  • Bilik Bersalin
  • Setor Perubatan
 

Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital

Ahli Lembaga Pelawat boleh melibatkan diri dalam aktiviti hospital dan komuniti seperti Kempen Menderma Darah, Kempen Anti Merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga Pelawat juga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program yang membina.

 

 

 

 

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan