Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Fisioterapi

UNIT FISIOTERAPI



KETUA UNIT
Hasriah Bt Salleh
Peg. Pemulihan Perubatan (Anggota) U41


PENGENALAN
Unit Fisioterapi adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal di hospital. Unit ini dipertanggungjawabkan dalam perawatan rehabilitasi mengikut keperluan pesakit. Dasar operasi Unit Fisioterapi adalah semua pesakit yang memerlukan rawatan mestilah melalui rujukan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital atau Klinik Kesihatan kerajaan.


VISI
Menjadi Unit Fisioterapi yang terbaik di Semenanjung Malaysia.

MISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, berkesan dan selamat secara professional.


PIAGAM PELANGGAN

i.         Anda akan diberi rawatan dalam tempoh 30 minit setelah mendaftar dan membuat bayaran untuk kes ulangan

         Pencapaian : 92.9 – 98.5% 

ii.         Anda akan mendapat rawatan pesakit luar pertama selepas pendaftaran dalam tempoh 2 minggu kecuali kes kesakitan akut dan bayi masalah

         pernafasan

         Pencapaian : 100%

OBJEKTIF

i.           Menyediakan perkhidmatan pemulihan yang cekap, tepat dan cepat.

ii.          Membantu pesakit menjaga kesihatan diri, kecergasan dan pergerakan yang normal atau hampir normal supaya pesakit boleh berdikari dan menjalani

          kehidupan yang aktif.

iii.         Memberi pengetahuan dan khidmat nasihat kepada pesakit kea rah kehidupan yang cergas dan lebih produktif.


SKOP PERKHIDMATAN 

i) Perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit dalam

   a)      Chest Physiotherapy

   b)      Limb Physiotherapy – anggota atas dan bawah.

   c)      Cardiac Rehabilitation Program (CRP) phase 1


ii) Perkhidmatan rehabilitasi bagi pesakit luar

    a.      Chest Physiotherapy

    b.      Limb Physiotherapy – anggota atas dan bawah.

    c.      Cardiac Rehabilitation Program (CRP) phase 2

    d.       Perawatan menggunakan electrotherapeutic modalities, cervical traction dan  sebagainya.                                    

    e.     Program lawatan ke rumah pesakit bersama program outreach.



 

JADUAL KLINIK

Pesakit Luar : 

Hari Isnin hingga Khamis              8.00am – 1.00pm                                                  

                                                  2.00pm – 5.00pm 


Hari Jumaat                                 8.00am – 12.15pm                                                  

                                                  2.45pm – 5.00pm 

Pesakit Dalam:                         

Hari Isnin hingga Khamis              8.00am – 1.00pm                                                  

                                                  2.00pm – 5.00pm


Hari Jumaat                                 8.00am – 12.15pm                                                  

                                                  2.45pm – 5.00pm

 

AKTIVITI – AKTIVITI

a)      Program Pengurusan Berat Badan Untuk Kakitangan Hospital

·         Program pengurusan berat badan untuk anggota yang BMI melebihi 25

·         Pemilihan peserta dilakukan oleh Unit Kesihatan Awam

·         Peserta akan terlibat dengan program senaman selama 3 kali seminggu

·         Pemantauan dilakukan oleh seorang Ahli Fisioterapi  


b)      Kursus Penjagaan Belakang

·         Kursus dilakukan pada 14 Mac 2013 (siri 1) dan 20 Jun 2013 (siri 2).

·         Peserta di kalangan kakitangan hospital iaitu kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Sokongan 1 ( Siri 1 ) dan Sokongan 2 ( siri 2).

Objektif

·         Untuk meningkatkan kesedaran menyeluruh tentang penjagaan pinggang dan postur yang betul di kalangan anggota hospital.

·         Untuk meningkatkan pendidikan tentang langkah pencegahan kecederaan /sakit belakang di kalangan anggota hospital.

·         Untuk meningkatkan pemahaman dalam konsep ergonomik ke arah mewujudkan tempat dan suasana kerja yang selamat. 


c)       Bengkel Penyeragaman Hospital Outreach Program

·         Bengkel ini dilakukan dengan kolaborasi dari multidisiplin unit di Hospital Tuanku Fauziah.

·         Ini meliputi jabatan/unit yang terlibat dengan program lawatan ke rumah dari “Stroke Team”, “Palliative Team” dan “Psychiatric Team”.

Objektif :

·         Untuk menyelaras semula program outreach yang dijalankan di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

·         Untuk mewujudkan pangkalan data bagi Hospital Outreach Program.

·         Untuk menilai semula sistem rujukan pesakit bagi mendapatkan perkhidmatan outreach.

·          Mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih sistematik di antara semua perkhidmatan      lawatan ke rumah di Hospital Tuanku Fauziah di bawah payung “Outreach”.  


d)      Projek HSA·         Tajuk : Meningkatkan keberkesanan program hospital outreach kepada pesakit terlantar

·         Kerjasama dengan Jab Psikiatrik, Unit Kerja Sosial dan Unit Pemulihan Cara Kerja.

·         Menyertai pertandingan HSA peringkat zon utara dan peringkat Kebangsaan.

·         Pencapaian : Tempat pertama kategori poster peringkat Kebangsaan.  



Tarikh Kemaskini : 4 Ogos 2014

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan