Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Farmasi

JABATAN FARMASI

KETUA JABATAN

Pn. A’tia Binti Hashim

Pegawai Farmasi Gred U54

 

PENGENALAN 

Jabatan Farmasi merupakan salah satu jabatan perkhidmatan sokongan. Ia terdiri daripada 6 unit utama iaitu Unit Farmasi Perolehan & Bekalan, UnitFarmasi Klinik Pakar, Unit Farmasi Pesakit Dalam, Unit Farmasi Klinikal, Unit Farmasi Maklumat Ubat & Racun dan Unit Farmasi Pengurusan. 


VISI 

Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsiandengan semua pihak yang berkepentingan. 


MISI 

Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk negara. 


PIAGAM PELANGGAN  


 1. UNIT FARMASI KLINIK PAKAR

    - Pesakit akan dilayan secara professional, baik, mesra, hormat, ikhlas dan bertimbangrasa.

    - Pesakit akan mendapat perkhidmatan yang sewajarnya dan kepada yang memerlukan perhatian khas akan dilayan dengan kadar segera  mengikut keadaan

        semasa.

      - Pesakit akandiberi ubat-ubatan berkualiti, berkesan dan selamat serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    - Pesakit akan diber keterangan yang ringkas dan padat serta jelas tentang ubat-ubatan yang dibekalkan dan kami bersedia memberi maklumat tambahan

        sekiranya perlu.

    - 95% preskripsi akan dibekalkan ubat-ubatan dalam masa 30 minit, jika terdapat masalah-masalah yang disebutkan dibawah ini, masa yang lebih lama lagi

       diperlukan untuk membekalkan ubat .

             i)   Preskripsi yang tidak lengkap 

          ii)  Memerlukan bancuhan ubat yang serta merta

              iii) Faktor-faktor teknikal yang tidak menepati garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia


2. UNIT FARMASI PESAKIT DALAM

     - Bekalan secara  Floor Stock akan disiapkan sebelum pukul 11 pagi jika menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

     - Bekalan secara sistem Unit of Use dan Unit Dose akan disiapkan sebelum pukul 12 tengah hari jika menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. 


OBJEKTIF

Memenuhi kepuasan pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Farmasi dengan :

   - Menyediakan perkhidmatan bekalan ubat-ubatan yang berkualiti, berkesan dan selamat digunakan kepada semua pelanggan Hospital Tuanku Fauziah.

   - Menyediakan perkhidmatan farmasi klinikal secara professional dan terkini mengikut keperluan pelanggan

   - Menyediakan perkhidmatan perolehan dan pembekalan yang efisien dan mematuhi garispanduan, peraturan dan arahan semasa.

   - Menyediakan program pembelajaran berterusan kepada staf bagi meningkatkan pengetahuan dari masa ke semasa.

   - Melibatkan jabatan dalam pembangunan dan penyelidikan yang berkaitan dengan perkhidmatan farmasi dan hospital bagi meningkatkan lagi kualiti dan

     keberkesanan ubat.

   - Mewujudkan suasana tempat bekerja yang harmoni, selesa dan selamat untuk pelanggan, staf Jabatan Farmasi dan jabatan lain di hospital. 


FUNGSI  

Membekalkan ubat dan perkhidmatan kepada pelanggan luaran dan dalaman hospital melalui Penjagaan Farmaseutikal dan Farmasi Klinikal, Pengeluaran Farmaseutikal dan Pengurusan Farmasi Hospital. 


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN    

Aktiviti utama  Jabatan Farmasi adalah menyediakan perkhidmatan bekalan ubat-ubatan dan perkhidmatan farmasi klinikal kepada pelanggan luaran dan dalaman hospital. Aktiviti tersebut dilaksanakan melalui 3 fungsi perkhidmatan utama iaitu Penjagaan Farmaseutikal dan Farmasi Klinikal, Pengeluaran Farmaseutikal dan Pengurusan Farmasi Hospital seperti berikut: 


1       Penjagaan Farmaseutikal dan Farmasi Klinikal; 

         -  Farmasi Klinik Pakar

         -  Farmasi Pesakit Dalam

         -  Farmasi Farmakokinetik Klinikal

         -  Kaunseling Ubat-ubatan

         -  Terapi Gantian Methadon

         -  Farmasi Wad

         -  Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)

         -  Farmasi Maklumat Ubat dan Racun

         -  Farmasi Onkologi

         -  Farmasi Nutrisi Parenteral

         -  Farmasi Kecemasan 


2       Pengeluaran Farmaseutikal; 

         -  Penyediaan Sediaan Internal

         -  Penyediaan Sediaan Eksternal

         -  Pra-pembungkusan 


3       Pengurusan Farmasi Hospital;

          -  Pentadbiran dan Pengurusan Farmasi

          -  Farmasi Perolehan dan Bekalan 


JADUAL / MASA PERKHIDMATAN

 WAKTU OPERASI FARMASI KLINIK PAKAR:  

ISNIN - KHAMIS

7.30 PAGI – 1.00 PETANG1.00 PETANG – 2.00 PETANG (REHAT)*2.00 PETANG – 5.30 PETANG**
JUMAAT 7.30 PAGI – 12.15 TENGA HARI12.15 PETANG – 2.45 PETANG (REHAT)*2.45 PETANG – 5.30 PETANG**
SABTU, AHAD & CUTI UMUM 7.30 PAGI – 5.30 PETANG** 
*Waktu rehat tengah hari hanya SATU kaunter dibuka untuk pesakit discaj dari wad dan pesakit dari Jabatan Kecemasan sahaja. ** Kaunter farmasi dibuka di Jabatan Kecemasan selepas pukul 5.30 petang.

    


AKTIVITI JABATAN 


1.     Unit Farmasi Klinik Pakar Unit Farmasi Pesakit Dalam

        -  Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit luar

        -  Menyediakan Perkhidmatan Tambah Nilai untuk mengurangkan masa menunggu pesakit. Contoh: LeKAS, BESS, Sirap Ekspress, Ubat Melalui Pos

        -  Memberikan kaunseling kepada pesakit yang memerlukan


2.     Unit Farmasi Pesakit Dalam

         -  Membekalkan ubat-ubatan untuk pesakit di dalam wad

         -  Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit di dalam wad

        -  Menjalankan pemeriksaan untuk cara pengawalan ubat di setiap wad, unit dan klinik

        -  Mendispens ubat-ubatan kepada pesakit discaj 


3.     Unit Farmasi Maklumat Ubat & Racun

        -  Memberi jawapan secara lisan/bertulis kepada pertanyaan mengenai ubat-ubatan dan racun.

        -  Melaporkan kesan Adverse Drug Reaction (ADR) kepada MADRAC, BPFK

        -  Menganjurkan sesi pembelajaran berterusan untuk semua anggota

        -  Mengeluarkan kad alahan ubat kepada pesakit setelah disahkan oleh doktor 


4.     Unit Farmasi Perolehan & Bekalan

        -  Membuat  perolehan ubat-ubatan dan bukan ubat secara pembelian terus, sebutharga dan tender.

        -  Membuat penerimaan, perekodan, penyimpanan dan pengeluaran ubat dan bahan bukan ubat.

        -  Mengawal stok ubat-ubatan dan barang bukan ubat secara First Expiry First Out (FEFO) atau First In First Out (FIFO). 


5.     Unit Farmasi Pengeluaran Farmaseutikal

        -  Menyediakan sediaan internal, eksternal & steril (ubat titis mata) serta pembekalan ubat-ubatan tersebut kepada wad.

         -  Membuat prabungkusan tablet, kapsul, krim, losyen, salap dan lain-lain 


6.     Unit Farmasi Klinikal

        -  Menyertai rondaan wad bersama pakar/pegawai perubatan setiap hari.

        -  Pemonitoran terapi ubat-ubatan seperti kesan sampingan, interaksi, toksisiti

        -  Memberikan informasi berkenaan ubat-ubatan kepada pesakit dan juga pegawai perubatan

        -  Mendispens ubat-ubatan kepada pesakit discaj  


7.     Unit Farmasi Farmakokinetik Klinikal

        -  Memantau dan mengintepretasi kepekatan ubat tertentu di dalam darah pesakit

        -  Mengesan toksisiti ubat sebagai contoh: Paracetamol

         -  Memberi cadangan pengubahsuaian dos ubat kepada pegawai perubatan 


8.     Unit Farmasi Onkologi

        -  Menjalankan rekonstitusi ubat sitotoksik di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada hari Rabu

        -  Membekalkan ubat ke wad yang terlibat

        -  Pemonitoran dan kaunseling pesakit di wad yang menerima rawatan kemoterapi 


9.     Unit Farmasi Total Parenteral Nutrition (TPN)

         - Perkhidmatan TPN untuk pesakit pediatrik dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar 


10.  Unit Farmasi Methadone

        -  Mendispens methadone setiap hari di Klinik Methadone di Jabatan Psikiatrik  


11.  Unit Farmasi MTAC (Medication Therapy Adherence Clinic)

        -  Melaksanakan MTAC dengan tujuan meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap terapi ubat

        -  Terdapat 7 jenis MTAC di HTF :                                          

                        i.  MTAC Warfarin                                         

            ii.  MTAC Diabetes                                        

                        iii.  MTAC RVD (dewasa & pediatrik)                                        

                         iv.  MTAC Respiratori (dewasa & pediatrik)                                         

                         v.    MTAC Renal (Haemodialysis)  


PENCAPAIAN   

1.   Inovasi

     -  Projek Inovasi 2012: Farmasi2U (laman sesawang Jabatan Farmasi)
     -  Mendapat tempat Pertama dalam Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi (KIKF) 2013 Peringkat Kebangsaan. Tajuk Projek: My Blue Book

       (hasil kerjasama Pegawai Farmasi Hospital Tuanku Fauziah dan Pegawai Farmasi di Kelantan) 
 

2.    Projek-projek kualiti yang lain

     -       Pelaksanaan perkhidmatan kaunter LeKAS (Letak Kereta & Ambil Ubat Segera) mulai Januari 2012
     -       Mendapat tempat Ketiga dalam Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi (KIKF) 2013 Peringkat Kebangsaan. Tajuk Projek: Mengurangkan Lambakan Ubat  Di Kalangan Pesakit 
     -       Mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan KIK Peringkat JKN Perlis. Tajuk Projek: Kupon QMS Berwarna, Sirap Ekspress 
 

3.    Projek-projek yang sedang berjalan

      -       Kajian Klinikal   -  i.    Knowledge & Practice of Administration of Medication via Nasogastric Tube Feeding Among Nurses in Hospital Tuanku Fauziah 

    -       HSA  - i.    Pemberian Ubat Yang Efisyen Yang Memerlukan TDM Monitoring 

    -       KIK  - i.    Metha-D-Soft 

    -       Inovasi  -  i.    Pharm Smart Trolley                                        

                     ii.    Pharm Extemp                                       

                     iii.    LeKAS                                      

                                          iv.    Patient’s Drug Allergy Database             

 

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan