Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Drug Formulary HTF    Caj Rawatan Pesakit            

 

Home / Ent

JABATAN OTORINOLARINGOLOGI 



KETUA JABATAN
Dr. Mohd Zambri bin Ibrahim
Pakar ORL-HNS UD54



PENGENALAN
Jabatan Otorinolaringologi (ORL) ini mula beroperasi pada 22 April 1997 yang menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bdang perawatan kepakaran dan pembedahan telinga, hidung dan tekak kepada penduduk negeri Perlis. Sejajar dengan pembangunan dan perkembangan semasa jabatan ini telah mengembagkan sayapnya dengan mewujudkan perkhidmatan Audiologi (Pemulihan Perubatan Pendengaran) pada Julai 2002 serta perkhidmatan subkepakaran (Head and Neck Surgery) bermmula pada Mac 2014.

Berkat usaha dan dorongan Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, pada tahun 2015 jabatn ini Berjaya mewujudkan Perkhidmatan baru iaitu OSA (Obstructive Sleep Apnea) iaitu salah satu cabang keperluan dalam bidang subkepakaran Head and Neck Surgery, ianya juga dilengkapi edngan kemudahan ‘Sleep Study Room’ dengan mesin ‘Polysomnogram’. Jabatan ORL adalah sebuah jabatan yang berusaha kea rah memberi perkhidmatan yang sempurna kepada semua pesakit untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan masyarakat bagi membolehkan seseorang individu menjalankan kehidupan social dan ekonomi yang bermutu dan produktif serta memberi rawatan yang komprehensif dan holistic.

Jabatan ini juga memberi perkhidmatan Audiologi dan Terapi Pertuturan yang berkualiti, program re-habilitasi yang efektif dan khidmat nasihat yang berkesan kepada pesakit, ahli keluarga dan masyarakat bagi meningkatkan kualiti kehidupan.

Pada amnya jabatan ini memberi perkhidmatan kepada kes-kes pesakit luar dan pesakit dalam (wad). Selain itu, jabatan ini berfungsi untuk melatih pakar-pakar ORL untuk pengwartaan, graduan Program Sarjana Muda Perubatan, pelatih-pelatih Penolong Pegawai Perubatan serta Pelatih Jururawat.

VISI
Mewujudkan sebuah Jabatan ORL yang memberi perkhidmatan kesihatan telinga, hidung dan tekak, penjagaan kesihatan pendengaran serta terapi pertuturan yang berkualiti, komprehensif dan berdedikasi kepada masyarakat dan menjadikan sebuah pusat penyelidikan dan perkembangan kesihatan serta pengetahuan otorinolaringologi.

MISI
Meningkatkan dan mencapai satu taraf kesihatan telinga, hidung dan tekak yang terbaik dengan mengambil langkah-langkah positif dan menggalakkan penglibatan individu, keluarga, dan masyarakat untuk mengekalkan status kesihatan telinga, hidung dan tekak. Perlaksanaan, pengesanan dan intervensi awal masalah pendengaran sebagai satu keperluan kea rah peningkatan kualiti kehidupan dan menerapkan ilmu dan teknologi terkini serta mewujudkan kerjasama dengan badan-badan pertubuhan institusi kerajaan dan bukan kerajaan.

PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Otorinolaringologi menggunakan piagam pelanggan yang dikeluarkan oleh pihak Hospital Tuanku Fauziah yang merangkumi masa menunggu, kemudahan dan kebersihan bersih, pengurusan aduan dan cadangan serta keutamaan kepada pesakit mengikut keadaan pesakit serta peringkat umur. Pada dasarnya Jabatan Otorinolaningologi masih dapat memenuhi peratusan yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF

Menjadikan Jabatan Otorinolaringologi sebuah jabatan yang berkualiti dan kredibel dengan budaya kerja telus, tepat dan sempurna dalam memberi perkhidmatan kepada semua pesakit untuk meningkat dan mengekalkan tahap kesihatan masyarakat bagi membolehkan seseorang individu menjalankan kehidupan sosial dan ekonomi yang bermutu dan produktif serta memberi rawatan yang komprehensif kepada semua pesakit.
Juga memberi perkhidmatan Audiologi dan Terapi Pertuturan yang berkualiti, program re-habilitasi yang efektif dan khidmat nasihat yang berkesan kepada pesakit, ahli keluarga dan masyarakat bagi meningkatkan kualiti kehidupan

FUNGSI

Perkhidmatan Rawatan Pesakit.
• Menerima pesakit dan memberi rawatan secara komprehensif kepada pesakit yang dirujuk dari berbagai disiplin.
• Memberi rawatan susulan dan pembedahan.
• Memberi perkhidmatan rawatan kecemasan 24 jam.
• Mengadakan perbincangan dengan disiplin yang lain mengenai penyakit yang dihidapi oleh sesetengah pesakit. ( Jabatan Radiologi dan Patologi).
• Membuat konsultasi kepada pesakit selepas pembedahan (semasa rawatan sususlan).
• Melakukan prosedur-prosedur minor seperti Pemeriksaan endoscopy, Pemeriksaan menggunakan Microscope dan Perkhidmatan pembedahan minor.

Perkhidmatan Audiologi
• Menjalankan penilaian tahap pendengaran bagi semua kes yang dirujuk.
• Menjalankan kesemua ujian saringan pendengaran bagi bayi yang berisiko tinggi seperti Ujian OAE, Ujian ABR, Ujian timpanometri dan Ujian pemerhatian tingkah laku.
• Menilai dan mendiagnos status pendengaran (Universal Hearing Screening) untuk bayi yang baru lahir.
• Memeriksa tahap pendengaran bagi kes medicolegal, JPJ dan pengesahan OKU (Orang kurang upaya).
• Menjalankan kaunseling alat bantu pendengaran, mengambil ukuran acuan telinga dan menjalankan sesi percubaan dan pemasangan alat bantu pendengaran serta memeriksa segala kerosakan alat bantu pendengaran.
• Rehabilitasi kepada pesakit yang memerlukan.
• Khidmat nasihat yang berkaitan kepada pesakit dan ahli keluarga.
• Menyediakan perkhidmatan ’Pacakan Koklea’ bagi pesakit yang terpilih dan layak.

Perkhidmatan Terapi Pertuturan
• Unit ini menjalankan penilaian dan diagnosis terhadap pesakit yang bermasalah komunikasi (Masalah pertuturan, bahasa atau suara).
• Merancang pelan rawatan yang sesuai berdasarkan keputusan penilaian dan diagnosis.
• Menjalankan terapi pertuturan-bahasa, kaunseling dan khidmat nasihat kepada pesakit seperti:
   1. Kelewatan perkembangan bahasa dan pertuturan.
   2. Masalah bunyi pertuturan (Speech Sound Disorder).
   3. Masalah pendengaran.
   4. Masalah sumbing bibir dan/atau lelangit (Cleft lip / palate).
   5. Masalah suara.
   6. Kecelaruan bahasa pertuturan perolehan (Traumatic Brain Injury / Cerebral Palsy dan lain-lain).
   7. Masalah penelanan kanak-kanak dan dewasa.

Perkhidmatan Pesakit Dalam
• Rawatan am.
• Pembedahan samada secara kecemasan atau elektif.
• Rawatan Barah Kepala dan Leher.
• Mengadakan ward round setiap hari serta mengadakan grand round setiap minggu.
• Melatih dan mengajar pegawai perubatan dan pegawai perubatan latihan siswazah serta paramedik semasa “ward round”.
• Memeriksa pesakit di wad serta kes-kes rujukan dari unit lain.
• Memastikan semua pesakir dirawat dan diperiksa oleh Pegawai Perubatan di wad.
• Memastikan wad mempunyai peralatan yang mencukupi dan anggota yang terlatih untuk mengendalikan peralatan.
• Memastikan wad berada dalam keadaan teratur dan sistematik.

Pentadbiran Dalaman Jabatan
• Memantau keperluan anggota dan jabatan.
• Memantau prestasi semasa anggota-anggota klinik.
• Memastikan setiap teguran dan aduan yang diberi dilaksanakan dengan jayanya.
• Memastikan klinik berjalan dengan lancar dan bermula awal.
• Memastikan setiap piagam pelanggan dipatuhi.
• Memastikan pakar dan pegawai perubatan yang mencukupi untuk memeriksa pesakit.
• Mengajar Pegawai Perubatan dan anggota lain berkaitan pesakit.
• Mengajar dan menyelia prosedur-prosedur yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan di klinik.
• Mengendalikan klinik 2 kali seminggu (Isnin dan Khamis). Pada masa ini memandangkan bilangan pesakit semakin bertambah, sesi klinik ditambah pada hari Selasa (2 minggu sekali) untuk pesakit baru.
• Menerima Pelatih Penolong Pegawai Perubatan untuk latihan klinikal.

Pendidikan Kesihatan
• Memberi nasihat dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit telinga, hidung dan tekak.
• Mengadakan kursus berkaitan dari masa kesemasa.
• Mengadakan ‘Health Camp’ ke kawasan-kawasan luar bandar.

SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan ini antara lainnya seperti Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Audiologi, Perkhidmatan Terapi Pertuturan dan pembedahan. Selain daraipada itu jabatan ini juga menyediakan Perkhidmatan Rawatan Pesakit dalam dan Khidmat Nasihat kepada pesakit. Selaras dengan perkembangan semasa jabatan telah mewujudkan Perkhidmatan baru iaitu OSA (Obstructive Sleep Apnoea).

Menjadikan Jabatan Otorinolaringologi sebuah jabatan yang berkualiti dan kredibel dengan budaya kerja telus, tepat dan sempurna dalam memberi perkhidmatan kepada semua pesakit untuk meningkat dan mengekalkan tahap kesihatan masyarakat bagi membolehkan seseorang individu menjalankan kehidupan sosial dan ekonomi yang bermutu dan produktif serta memberi rawatan yang komprehensif kepada semua pesakit.

Juga memberi perkhidmatan Audiologi dan Terapi Pertuturan yang berkualiti, program re-habilitasi yang efektif dan khidmat nasihat yang berkesan kepada pesakit, ahli keluarga dan masyarakat bagi meningkatkan kualiti kehidupan.

Pada amnya, Jabatan ini memberi perkhidmatan kepada kes-kes pesakit luar dan pesakit dalam (Wad). Selain daripada itu, jabatan ini berfungsi untuk melatih graduan Program Sarjana Muda Perubatan, Pelatih Penolong Pegawai Perubatan serta Pelatih Jururawat.

JADUAL KLINIK



HARI8.00 pagi - 1.00 tengahari2.00 petang - 5.00 petang
ISNIN  - KLINIK ULANGAN DAN BARU
 - KES-KES KECEMASAN
 - KLINIK AUDIOLOGI
 - RAWATAN PESAKIT DALAM(WAD)
 - KES-KES KECEMASAN
 - KLINIK AUDIOLOGI
 - KLINIK PERTUTURAN
 - PROSEDUR

SELASA  - PEMBEDAHAN/KLINIK KES RUJUKAN BARU (2 MINGGU SEKALI)
 - KES-KES KECEMASAN
 - KLINIK AUDIOLOGI
 - KLINIK PERTUTURAN
 - RAWATAN PESAKIT DALAM(WAD)
 - KES-KES KECEMASAN
 - KLINIK AUDIOLOGI
 - KLINIK PERTUTURAN

RABU  - PEMBEDAHAN
 - KES-KES KECEMASAN
 - KLINIK AUDIOLOGI
 - KLINIK PERTUTURAN
 - PEMBEDAHAN
 - KES-KES KECEMASAN
 - KLINIK AUDIOLOGI
 - KLINIK PERTUTURAN

KHAMIS  - KLINIK ULANGAN DAN BARU
 - KES-KES KECEMASAN
 - KLINIK AUDIOLOGI
 - KLINIK PERTUTURAN
 - RAWATAN PESAKIT DALAM(WAD)
 - KES-KES KECEMASAN
 - KLINIK AUDIOLOGI
 - KLINIK PERTUTURAN
 - PROSEDUR

JUMAAT  - CLERKING KEMASUKAN WAD
 - KES-KES KECEMASAN
 - KLINIK AUDIOLOGI
 - KLINIK PERTUTURAN
 - PROSEDUR
 - KES-KES KECEMASAN
 - PROSEDUR

Tarikh Kemaskini : 02 Disember 2016

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan