Pilihan Bahasa :  BM        Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

   Panduan Amalan Klinikal   Panduan Pesakit    Pencapaian Piagam Pelanggan    Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit    Caj Rawatan Pesakit                                  

 

Home / CSSD

UNIT BEKALAN STERIL



KETUA UNIT


  Pn Jamilah binti Yusoff
  Ketua Jururawat 
  Gred U32






PENGENALAN
Unit Bekalan Steril adalah Unit yang menyediakan perkhidmatan peraltan steril untuk unit pengguna seperti wad, Dewan Bedah dan klinik di Hospital Tuanku Fauziah serta klinik-klinik luar. Unit ini ditubuhkan pada tahun 1990 dan ianya merupakan bangunan lama yang telah diubahsuai sebagai Unit Bekalan Barang Steril. Unit ini telah berpindah ke aras 3 bangunan baru pada 18 Januari 2016.

 


VISI
Memberi perkhidmatan terbaik dengan menitikberatkan tahap steril yang maksimum untuk kesejahteraan dan kesihatan pesakit sejagat.

MISI
Mengekalkan teknik-teknik pensterilan terkini dan menepati ciri-ciri sterility bagi mencapai taraf sterility yang tinggi.


PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan urusan perkhidmatan disediakan dalam masa tidak lebih 30 minit.
2. Sentiasa mengekalkan sterility yang maksima mengikut peredaran masa.
3. Memastikan setiap peralatan steril yang dibekalkan berkualiti dan selamat digunakan tanpa was-was.
4. Memberi perkhidmatan yang Efisien, Efektif dan Profesional.
5. Sentiasa meningkatkan lagi perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa.
6. Sentiasa memberi layanan mesra semasa berurusan di kaunter dan juga melalui telefon

OBJEKTIF

1. Menyediakan perkhidmatan sterility yang cekap dan berkesan bagi memastikan peralatan steril selamat digunakan.
2. Mengelak dari berlaku jangkitan kuman kepada pesakit.



JENIS PERKHIDMATAN


1. Memproses semua peralatan yang telah digunakan oleh pengguna setelah dikembalikan ke unit.
2. Mencuci dan mengeringkan.
3. Memeriksa dan menguji peralatan
4. Membungkus mengikut prinsip-prinsip sterility
5. Menyediakan ‘soft dressing’
6. Membungkus cotton, gauze, dan pad
7. Menyedia dang membungkus Gamgee, ribbon gauze dan roller gauze
8. Mensterilkan semua peralatan ‘soft dressing’ yang telah diproses
9. Membekalkan peralatan dan ‘soft dressing’ yang steril kepada pengguna mengikut permintaan

JADUAL

1. Waktu operasi CSSD adalah dari 8 pagi sehingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat dan 1 tengahari hingga 9 malam.
2. Seorang petugas atas panggilan akan mengendalikan keperluan kecemasan selepas waktu bekerja, cuti hujung minggu dan cuti umum.
3. Jadual penghantaran dan pengagihan instrument antara Dewan Bedah dan TSSU
 - Sesi pagi adalah dari 8.00 am hingga 10.00 am
 - Sesi petang adalah dari 2.00 pm hingga 3.30 pm, Jumaat 2.45 pm hingga 3.30 pm
4. Pada setiap hari sabtu, unit CSSD berfungsi pada pukul 8.00 am hingga 2.00 pm

Tarikh Kemaskini : 2 Januari 2018

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan