Pilihan Bahasa :  BM  EN         Biru  Merah  Hijau  Kecilkan Tulisan Saiz Tulisan Asal Besarkan Tulisan Kontras Sederhana Kontras Gelap Kontras Terang w3c rss



    PAUTAN SEGERA

      Panduan Pesakit        Pencapaian Piagam Pelanggan        Sistem Maklumat Pendaftaran Pesakit        Drug Formulary HTF        Caj Rawatan Pesakit              

 

Home / Anaestisiologi

JABATAN ANAESTESIOLOGI DAN RAWATAN RAPI



KETUA JABATAN


PENGENALAN

Hospital Tuanku Fauziah telah bermula semenjak 100 tahun yang lalu ia itu pada tahun 1909, yang mana pada masa itu ia dikenali sebagai Rumah Sakit Umum Kangar. Dewan Bedah mula beroperasi pada tahun 1957 dan lokasi pertamanya adalah di bangunan dua tingkat berhadapan dengan padang Majlis Bandaran Kangar,Perlis yang sekarang ini telah menjadi Klinik SOPD,Klinik O&G dan di bahagian atasnya adalah perpustakaan dan Dewan Mawar.
Memandangkan perkhidmatan bius adalah merupakan perkhidmatan asas di setiap hospital yang menyediakan perkhidmatan pembedahan. Ini adalah untuk memastikan bius yang di berikan adalah secara professional, efektif dan selamat kepada pesakit. Disamping itu ia juga menyediakan perkhidmatan rawatan rapi kepada pesakit-pesakit tenat.
Dari tahun ke tahun dengan berlakunya permodenan dan perubahan teknologi.di dalam bidang perubatan dan juga dengan peningkatan permintaan di dalam perkhidmatan pembedahan maka projek naiktaraf dewan bedah Hospital Besar Kangar di lakukan. Dewan Bedah baru telah mula di gunakan pada tahun 1970an dengan mempunyai 3 bilik bedah.Bilik bedah ini beroperasi sehingga 13 Julai 2004.
Masa terus berjalan dengan kepesatan ekonomi dan kepesatan penduduk maka dewan bedah ini masih tidak dapat menampung jumlah peningkatan pesakit setiap tahun maka kerajaan telah membina satu blok baru yang merangkumi pelbagai jabatan dan di antaranya adalah dewan bedah, unit rawatan rapi, unit rawatan jantung,jabatan kecemasan, jabatan radiologi, jabatan patologi dan juga bilik daftar masuk. Dewan bedah yang baru ini mempunyai 4 bilik bedah dan unit rawatan rapi pula mempunyai 5 katil untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit yang memerlukan.


VISI
Mewujudkan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti serta terkini dengan mengamalkan kerja berpasukan dan berpengetahuan tinggi dan menyeluruh.

MISI
Memberi perkhidmatan perawatan anestesia dan rawatan rapi yang berkualiti, selamat dan berkesan untuk pesakit pembedahan dan pesakit kritikal.

PIAGAM PELANGGAN

A. PELANGGAN LUARAN   


1. PESAKIT
    i.   Setiap pesakit akan diberi rawatan segera oleh pegawai perubatan serta kakitangan yang  bertugas sebaik 
         sahaja di masukkan kewad rawatan rapi.
   
ii.  Setiap pesakit yang akan menjalani pembedahan akan di beri bius yang bersesuaian.
   
iii. Setiap pesakit akan menerima rawatan kejururawatan yang berkualiti.
   
iv.  Keselamatan dan kerahsiaan pesakit sentiasa di utamakan.

 
 

 2. WARIS DAN PELAWAT    
    i.  
Kakitangan yang bertugas akan membantu pegawai perubatan yang merawat pesakit,
memberi penerangan 
         kepada waris yang terdekat mengenai keadaan pesakit dari masa kesemasa.
    ii   Waris terdekat kepada pesakit akan diberi kemudahan melawat pesakit di luar waktu melawat.

 
 B. PELANGGAN DALAMAN/KAKITANGAN   
  1.   Jabatan ini mengutamakan keselamatan kakitangan dari kecederaan atau kemalangan semasa bertugas.
2.  
Jabatan ini melengkapkan peralatan yang mencukupi untuk kemudahan kakitangan memberi perkhidmatan yang
    berkualiti kepada pesakit.
3.
Keperluan asas di beri untuk keselesaan kakitangan bertugas.

 
 C. KEWAJIPAN PELANGGAN LUARAN DAN DALAMAN  
 

Untuk membolehkan unit ini melaksanakan piagamnya dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
1.
Mematuhi undang-undang dan keperluan yang berkaitan.
2. Bertanggungjawab dan bekerjasama.

 


OBJEKTIF

1. OBJEKTIF UMUM JABATAN
Menyediakan perkhidmatan pengesanan, rawatan dan pemulihan yang mudah di perolehi bagi pesakit-pesakit yang memerlukannya untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi penyakit bagi mencapai pemulihan awal dan maksima.
  - Memberi rawatan yang berkualiti dan sempurna dengan mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan sambil menitikberatkan kebajikan dan permasaalahan pelanggan.
  - Memberi perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada pelanggan dan keluarga mereka.
  - Menreapkan budaya kerja cemerlang dan mewujudkan suasana serta persekitaran yang ideal demi mencapai objektif perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
  - Menjalin serta meningkatkan hubungan yang sihat di kalangan anggota serta keluarga mereka.

2. OBJEKTIF KHUSUS JABATAN

  - Memberi segala bentuk anestesia kepada pesakit-pesakit yang menjalankan prosedur pembedahan.
  - Menentukan setiap pesakit yang akan menjalani pembedahan diberi anestesia dengan selamat dan berkesan.
  - Memberi perkhidmatan rawatan rapi & sokongan hayat melalui pengendalian kelengkapan moden kepada pesakit-pesakit yang tenat di Unit Rawatan Rapi, wad-wad dan Unit Kecemasan.
  - Mengurangkan komplikasi selepas pembedahan.
  - Memajukan, memodenkan tahap profesionalisma.
  - Memberi perkhidmatan perubatan yang cepat, tepat, berkesan dan cemerlang.




Tarikh Kemaskini : 24 Jun 2014

dasar privasi Dasar Privasi     dasar keselamatan Dasar Keselamatan     penafian Penafian     peta lokasi Peta Lokasi     bantuan Bantuan dan Sokongan